Lapangan terbang Bangkok, Don Muang ditutup ekoran bajir yang melanda ibu kota Thailand itu, sekaligus meletakkan pihak berkuasa negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Lapangan Terbang Don Mueang yang menampung penerbangan domestik telah ditutup sementara sejak semalam hingga 1 November. Bukan itu sahaja, cuti umum selama lima hari telah diisytiharkan bermula Rabu sebagai persiapan sekiranya banjir bertambah buruk. Kerajaan Thailand mengumumkan cuti umum tersebut kepada ibu kota Bangkok dan 20 wilayah lain yang terjejas teruk kerana banjir yang paling buruk dalam tempoh 50 dekad. Beberapa kedai di sana turut mula mencatu makanan apabila penduduk mula membeli serta menyimpan stok makanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Lebih memburukkan keadaan apabila pihak pasar raya mula mengehadkan pembelian beras dengan setiap pengguna hanya dibenarkan membeli sekampit beras, satu papan telur serta penggunaan kertas tandas turut dicatu. Pasar Chathuchak yang menjadi tumpuan pelancong pula akan ditutp hingga hujung minggu ini.